kalo rajen kLik lah :P

geng2 ice ! let us be a better person :)

Friday, May 28, 2010

paling manis paling rindu



dalam hati ada kalut. jari jemari ku pula pantas menari shuffle atas touchpad, baca laju2 soft copy notes yang terpampang di screen. sesekali jariku terr-babas terr-dabel-klik kat gugel chrome, lantas terr-buka lah fesbuk kesayangan. hanyut sekejap. hehe. sedang khusyuk aku berfacebook + facethebook, ada panggilan masuk. haha ini bagus. tak payah baca note sambil tu boleh rehatkan mata. hehe.


MyEm0.Com


malam ni nadanya berbeza daripada malam2 biasa. romantik sikit. lebih hati-ke-hati. but still seronok berbual2. satu ketika dia tanya..pe kenangan paling manis aku. tanpa berfikir panjang, aku jawab masa bertemu dengan dia la..lagi manis ketika dia ada di sisi. my pure answer. memang itu yang aku rasa sebetulnya. dia tak puas hati dan tanya lagi..kenangan paling manis sebelum jumpa dia. hurm. masa tu takle nak pikir, kotak memori sedang memproses bayangan wajah dan gelagat semasa dia ada di sisi.


" lepas dapat result spm. " jawapan paling bodoh terlontar dari mulut. jawab jugak takut dia tertunggu2, sedangkan masa tu aku masih berkhayal. lagi la dia tak puas hati. sob3. ape la aku ni.


bila fikir2 balik, aku sebenarnya paling rindu saat bercuti di kampung masa zaman budak2 dulu. kat kampung, rumah nenek dengan rumah2 sedara mara dekat2. masa tu mane ade orang jahat so boleh jalan2 sukaati. aku suka merayau2 dengan sepupu lebih kurang lima nam orang, wat rombongan sambil takbelajar. hehe. kalau pagi2 tu kitorang selalu pegi kat tingkat dua pasar besar, tempat nenek jual nasik..pau nasik pree sorang satu bungkus pastu pegi kedai kopi tok ayah. minom air pree pulak. hehe. bahagia betul jadik cucu ni. kecik2 da pandai melepak kat kedai kopi, tapi masa tu takreti nak sembang sal politik..so topik utamanya sal power rangers, nak main ape lepas ni..ngeh3.


waktu petang pulak selalu pegi ke pantai. dekat je kot ngan rumah nenek. kalau takde beskal tok ayah, aku ngan sepupu jalan kaki je ramai2. seronok. puas main kat tepi pantai, main pulak buaian,jongkang-jongket kat taman permainan. pastu balik umah, main lagi pasir kotorrr buat kek ke, istana ke..hehe. acuannya guna tempurung kelapa yang nenek aku guna santannya buat gulai untuk jual nasik dia. bertimbun tempurung kelapa kat bawah rumah tu..sayang pula kalau tak guna. hee. tapi kadang2 kena marah jugak ngan tok ayah sebab lepas main tak kemas balik..biarkan je tempurung2 tu bersepah kat tengah2 jalan..tempat orang lalu lalang pulak tu. haha.


bila malam menjelma, emak2 sedara dan bapa2 sedara berkumpul kat rumah nenek. dekat je pun. sepupu2 ku ofkos la ikot sekali. sambung main lagi..versi indoor pulak. haha. orang2 tua bicara tentang hal2 diorang. puas sembang, diorang buli budak2 pulak. jahatlaa. ketawa, nangis, gadoh2 sikit tu biasa lah. kejap je tak sampai dua minit, okey balik. hee.


MyEm0.Com

oh rindu nya !


aku dan sepupu2 ku sebaya..tapi bila masing2 da besar ni..semua sibuk dengan haluan sendiri. ada yang masuk u, ada yang da keje sebab tak sambung study, ada yang pindah, ada yang da kawen. nenek da takde, tok ayah pulak macam tak berapa sihat je sampai terpaksa tutup kedai kopi dia. emm. aku rasa kehilangan. amat2, jarang2 benar je boleh jumpa diorang sekarang....aku rindu ko ecah, kak ila, ijak, alia, iwe, yoyo, wani, leyla, isyam, asyraf !..aku rinduu korang tauu tak ?! :'(





ni gambar aku dan sepupu ku, ijak kat rumah nenek. kecik2 gemuk..bila da besar..kurus, lagi tinggi daripada aku, encemmm..haha :P



17 comments:

Anonymous said...

baca entri ice ni,
aku pun teringat kat kazen2 aku time kecik2 dulu...
dulu best,nak main pegang2 boleh,kejar boleh,pukul2 pun boleh..

sekarang nih kurang sikit mesranya,sebab semua dah besar panjang dah..tak boleh nak pegang2 lagi,jangan pegang,nak pandang pun susah,apalagi nak kejar haha...
erk,cam entri plak komen aku ni huhu

sugar2 kapas strawberry said...

sy dlu main goreng pasir..hihi

potong2 daun pkai pisau.kecik2 da pndai main pisau.hihihi..

indah kn kenangan tu kn?

miss ice said...

caLL-T : haha jgn kejar..nti ko plak kena kejar ng bapa sedara sdirik..hehe. thanx wt entry pendek kt cni..haha :P

sugar2 : yep2..sgt indah :) kecik2 cik sugar da tunjuk ade bakat memasak ek..hehe

Hasrol Nizam said...

dulu selalu jugak [ergi pantai ngn ayah..dia selalu bawak..hehe

s h a f i q h a s h i m _____ said...

rindu nye zaman bdk2 :(

miss ice said...

hasroL nizam : hehe..bez kn lepak kt pantaii ^^

shafiqhashim : yup..rindu zmn comel2 dlu..hehe

INCHIK PIPI PAU PANAS said...

zaman budak2 sy pegi tarik ekor lembu...penah korang buat?

miss ice said...

nu.ya.ra : tapenah..kena kejar kang baru taw.haha.

cik bella said...

owh zaman kanak2 ku dh pandai becinta~weee

annfrendly said...

hi.. ann dah follow :)
comelnya ice mase kecik dulu..
bestkan zaman kanak-kanak..
kalaulah boleh stay aje zaman tu.. tanak gi ke alam dewasa rasanya..hehehe

fateenrafhan said...

kenangan terindah aku setakat ni, pergi jalan2 bersama family,tak kisah la pergi mana sekalipun,hatta g kenduri kawen org seblah rumah pun dah kenangan terindah la tu,asalkan, semua cukup 11 org ahli fmly..hehe..*aii..comey hg mase kecik..hihi*

Penakumenulis said...

huhuhuhu...teringat suasana kampung...rindunya nk balik kampung...kene balik ni...:-)

miss ice said...

cik beLLa : advance nye cik beLLa..waduh2.hehe.

annfrendly : thanx foLo ice. tape2, wpon umor btambah kekalkan jiwa muda tuu.. ^^

princess : hehe..hg 11, aku 9..meriah an ramai2 :P

iLyah : balik2..jgn tunggu raye baru nk balik..hehe

Aku said...

jom kembali ke zaman kecik-kecik dulu.Pinjam mesin merentas masa pd doraemon

Hasrol Nizam said...

memang la best lepak kat pantai..dgn bayu laut tu..fuh~

miss ice said...

daisy : doremon kedekut!! dye kasi nobita je pinjam..haha

miss ice said...

hasrol nizam : perghhh besh kann ;P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...