kalo rajen kLik lah :P

geng2 ice ! let us be a better person :)

Showing posts with label kemalangan. Show all posts
Showing posts with label kemalangan. Show all posts

Saturday, August 28, 2010

cinta tiada sebab

Dalam satu kisah percintaan yang menarik.Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada
si suami. Ini dialog mereka...

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi! kenapa abang
tidak boleh terangkan sebabnya??

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang
cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu.Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"




Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut
berbunyi begini :

"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu...
sekarang bolehkah engkau bersuara?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..
Jika disebabkan kasih sayangmu dan ingatanmu
terhadapku,aku mencintai mu...
sekarang bolehkah engkau menunjukkannya?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu,
sekarang bolehkah engkau tersenyum?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu,
sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..
Jika cinta memerlukan
SEBAB seperti sekarang,maka aku tidak lagi
mempunyai sebab untuk mencintai mu!!!
Adakah cinta memerlukan sebab?
Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan ciinta tidak perlu ada sebab
kerana
kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan
dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam HATI"


p/s : dedikasi khas buat seseorang teristimewa yang ditimpa kemalangan jalan raya malam jumaat lalu ( 26 Ogos )..mase tu dye baru je lepas beli hadiah buat insan kesayangan :'( ...semoga cepat sembuh sayang...

Monday, June 28, 2010

pandai2 jaga diri yep


da lame gila xupdate blog ni.sory beribu2 kali sory buat pengintip2 ku.haha bajet ade orang nak baca blog ni.weks.ice tengah taip sambil layan 'gadis melayu' tv9.hihi.macam2 istilah melayu yang diorang (orang yang datang interbiu) kasi.ade gak yang pandai cakap je tapi penampilan aku bagi kosong markah..erk..takboleh2..negatif markah! hadui..lantak lah.pandai2 la tuan punya badan bawa diri sendiri.jaga aurat, urat dan sekalian apa yang patut.




ice baru pulang dari tempat ni...


penat ouh.tolong adik buat preparation masuk u.dia bukannya tak biasa duk kat asrama, tapi da last minute..baru la dia nak check barang2 dia.yang ni belom beli, yang tu belom fotostate..macam2 la.kelmarin, da pegi hantar dia daftar..ni baru la boleh rilex sket. anak2 mama aku yang ada 7 orang sekarang da tinggal 5.sorang pegi langkawi.yang third uitm .pastu tak lama lagi adikku yang second ni pegi uitm gak. cuti aku pun bakal berakhir..sob2.so tinggal la lagi 3 orang anak mama kat rumah.kecik2 pulak tu.waduh..mama dengan abah jadi macam muda2 balik la..anak baru 3..hehe..


MyEm0.Com


on the way pulang dari seri iskandar melalui gerik..ice ternampak geng2 motor besar tengah duduk2 tepi jalan.ingatkan diorang tengah buat apa kat tengah2 bukit tu.bila usha tajam2 baru la nampak ada sbijik motor kat dalam longkang..accident rupanya.masyaAllah. tak lame kemudian..terserempak lagi dengan sebijik van hancor kat sisi bukit.ramai gak kete yang berhenti kat tepi jalan.ayah aku pun berhenti gak pasal nampak nombor plat van tu 'D' kat depan.mana la tau kenal sebab bila tanya orang kat tepi2 tu katanya pemandu van tu baru lepas daftar anak kat seri iskandar jugak.risau beb.tak dapat aku bayangkan bagaimana perasaan si anak bila tahu ibubapanya accident selepas hantar si anak.

MyEm0.Com


sepanjang perjalanan aku takleh tido.mata ni terbukak luas tengok kat depan.berjaga2.bila ada kete yang gile2 siket mula la mulut ni nak menyumpah.maybe dalam kepala diorang ada benda lagi penting selain nyawa.entah la. makin kecut perut ni nak drive bila terjadi benda2 macam ni. ish. lesen motor L ( L for lambat ) aku lak terbengkalai macam tu je..aku rasa kena masuk bengkel balik ni..huahua.


so in a nutshell ( cengkerang kacang? )..berhati2 lah di jalan raya.anda mampu mengubahnya.huk3.




sempat sambar dua ekor beruang ni kat bukit bunga..hehe.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...