kalo rajen kLik lah :P

geng2 ice ! let us be a better person :)

Saturday, August 28, 2010

cinta tiada sebab

Dalam satu kisah percintaan yang menarik.Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada
si suami. Ini dialog mereka...

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi! kenapa abang
tidak boleh terangkan sebabnya??

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang
cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu.Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"




Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut
berbunyi begini :

"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu...
sekarang bolehkah engkau bersuara?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..
Jika disebabkan kasih sayangmu dan ingatanmu
terhadapku,aku mencintai mu...
sekarang bolehkah engkau menunjukkannya?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu,
sekarang bolehkah engkau tersenyum?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu,
sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..
Jika cinta memerlukan
SEBAB seperti sekarang,maka aku tidak lagi
mempunyai sebab untuk mencintai mu!!!
Adakah cinta memerlukan sebab?
Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan ciinta tidak perlu ada sebab
kerana
kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan
dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam HATI"


p/s : dedikasi khas buat seseorang teristimewa yang ditimpa kemalangan jalan raya malam jumaat lalu ( 26 Ogos )..mase tu dye baru je lepas beli hadiah buat insan kesayangan :'( ...semoga cepat sembuh sayang...

Saturday, August 21, 2010

istana pasir


ingin sekali aku berlari ke pantai
membina istana pasir
menjadi permaisuri yang bersenang-lenang
ditemani hamparan pantai
jauh dari kesibukan...










namun aku sedar aku punya tanggungjawab
sebagai mujahidah di jalan-Nya
mendalami ilmu yang tiada penghujung
biar payah enggan sesekali aku berundur

kerana aku tahu...
ada kesenangan selepas kesusahan...

dan istana pasir itu hanya berdiri sementara.


Tuesday, August 17, 2010

dinar panasss

haiiiihhh ! panas ati baca berita kat satu paper ni. takbole r gitau paper ape takot kena saman. sekarang kan musim saman menyaman. tak lama lagi bila masing2 da sengkek musim samun menyamun pulak..kan..kan..

sebelum hati aku ni terbakar lagi marak, nak tanya duLu..objek kat bawah ni nama dia dinar emas ke dinar PAS ??!!!




baru je baca title, da hilang mood. nampak sgt ada 'bias'. dah la tengah panas. luar panas dalam pun panas. aku baca yang seterusnya sambil jalan pulang ke umah.

'politik oportunis murahan' ? - canggih bahasa tu. tapi orang kampung macam aku still boleh paham la. opportunistic infection pun aku paham lagi.

'PAS buta huruf' ?! sejak 1990 ?! - ape relevannya tahun 1990 tu?? perlu ke sebut..oO lupe. cikgu sastera penah ajar ape itu hiperbola. inila fungsinya..kot..

satu lagi benda budusssyhh yang aku bace, paper tu kate..kalo nak buat, knapa xbuat dari dulu lagi, dari zaman krisis kewangan global 2008. kalo buat mase tu baru la lebih berkredibiliti. statement budussyyh ni aku taktauu la nak jawab macam mane..mmg budussyyhh. statement tu seolah2 same la kalo aku tanya..kalo nak buat sesuatu perubahan tu, kenapa xbuat dari dulu lagi ???? bangang kepala hotak melayan soalan macam ni.

oke abis satu berita..aku baca berita kat bawahnye pulak..

' Bik Mama simpati nasib isteri ATM tak beraya dengan suami '

baru rasa simpati ke..kenapa tak simpati dari dulu lagi ??? da banyak kali kot raye. tengokkk...soalan budusyhh kan. aku pun turut jadi budusssyhh lepas bace paper neh. adoi. xmo dah aku baca paper ni ! pengalaman kena tinggal 2 jam tu tak same kalo dibandingkan kena tinggal berbulan2 okeeee ~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...