kalo rajen kLik lah :P

geng2 ice ! let us be a better person :)

Saturday, February 19, 2011

eh..aku hidup lagi la


Assalamualaikum..salam sejuk dari ice..


Dekat 6 bulan tak hapdet blog begitu banyak benda dah berubah kat alam blog ni. Macam kena renjatan letrik pun bila pi usha blog2 member2 tadi. semua makin maju nampaknya..hehe..

Dalam masa 6 bulan ni jugak macam2 peristiwa dah berlaku..terutamanya yang berkaitan emosi dan perasaan..dan aku TAK MAHU kenang semua tu. Yang sudah tu sudah laaa..kan..kan..

Aku just mahu jadi lebih positif and lead a lively life..macam dalam lagu Bon Jovi tuu..

~ I just wanna live while im alive....cause it’s my life!! ~ ♪

*aku ni hidop zaman mane? Minat Bon Jovi plak..wawawwa*

Be positive!! even ada yang negatif pown aku TAK MAHU ambik tahu. Aku takot sakit. Aku takot jiwa aku makin parah. Lain pulak jadinya nanti . . . . . . heeee ~

MyEm0.Com


Sepanjang aku menyepi ni takde yang rindu aku ke haa? Huh takde??! Waaaa…sampai hati korang~~~mesti ada yang ingat aku da meninggal kan. Aku baru ingat nak kasik something..tapi untuk orang yang rindu aku AJE la..

Donut ni haaa…

Nah..ambik sorang satu..jangan rebut2 ye..hik2

ni jugak sempena hari lahir blog bucuk ni yang ke...?? SATU! baru setahun aku berblog rupenye..hak2..takde orang nak wish ke?? setahunn..tolak 6 bulan menyepi..so 6 bulan je la pengalaman aku berblogging..aduyai..kena banyak belajar lagi ni..

MyEm0.Com

Sambil makan donut tu meh kite layan lagu pakwe i meh..meh meh..







Tuesday, August 31, 2010

demam kura-kura

" pasai apa ko tak datang kelas? demam kura2 eh? "
" mase ko demam, sure ko jalan slow giler kan..cam kura2 "

MyEm0.Com

Masa kecik2 dulu aku main sebut je padahal tak tahu pun demam kura2 tu macam mana. Masa tu aku ingat demam kura2 tu macam demam yang yok Saje mengade buat2 demam sebab malas pegi kelas, takpun sebab cikgu garang. Heh. Sehinggalah semalam..ketika lecturer mengajar pasal malaria..

beliau cakap orang yang kena malaria ni biasanya mengalami 3 peringkat semasa demam iaitu hot, sweating, dan cold. Mase peringkat hot, pesakit akan merasa sangat panas sebab suhu badan dye mencecah 40-41oC. pesakit tu juga mungkin mengalami delirium..emm delirium ni macam meracau2 la kan. 2-6 jam pastu, pesakit masuk sweating stage plak. Pesakit akan berpeluh2, sebab nak stabilize suhu badan yang tinggi tu. Ketika ni pesakit berasa sangat letih dan tertido.

MyEm0.Com

2-4 jam lepas tu..masok la cold stage..haaa..mase ni la orang cakap demam kura2 tu! Sebab apa demam kura2? Sebab pesakit tu akan berasa sangat2 sejuk sampai menggigil. Bile da rasa sejuk sangat, dye akan membungkusskan diri dengan selimut, pastu meringkuk atas katil macam kura2! Hehehe..see..that’s why la..

cute x..? hihi.


kura2 kembar siam. muke serius giler!

Maka terbongkarlah misteri demam kura2 yang bersarang selama lebih 20 tahun dalam otakku..huh..kenapa aku baru tahuuu pasal ni ?? uhuk uhuk uhuk. Fetetik. Sob.


Saturday, August 28, 2010

cinta tiada sebab

Dalam satu kisah percintaan yang menarik.Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada
si suami. Ini dialog mereka...

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi! kenapa abang
tidak boleh terangkan sebabnya??

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang
cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu.Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"




Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut
berbunyi begini :

"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu...
sekarang bolehkah engkau bersuara?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..
Jika disebabkan kasih sayangmu dan ingatanmu
terhadapku,aku mencintai mu...
sekarang bolehkah engkau menunjukkannya?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu,
sekarang bolehkah engkau tersenyum?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu,
sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..
Jika cinta memerlukan
SEBAB seperti sekarang,maka aku tidak lagi
mempunyai sebab untuk mencintai mu!!!
Adakah cinta memerlukan sebab?
Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan ciinta tidak perlu ada sebab
kerana
kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan
dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam HATI"


p/s : dedikasi khas buat seseorang teristimewa yang ditimpa kemalangan jalan raya malam jumaat lalu ( 26 Ogos )..mase tu dye baru je lepas beli hadiah buat insan kesayangan :'( ...semoga cepat sembuh sayang...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...