Antara maksud ayat Al-Quran yg paling terrkesan di hati aku . . .
Surah Al-Imran . . .
133. Dan bersegeralah kamu kepada mendapat keampunan daripada Tuhanmu dan syurga yg luasnya seluas langit dan bumi yg disediakan utk orang yg bertakwa.
134. Iaitu orang yg menafkahkan (hartanya), di waktu senang mahupun susah, dan orang yg menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang yg berbuat kebaikan.
135. Dan (juga) orang yg apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiayai diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka, dan siapa lagi yg dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak lagi meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.
136. Mereka itu mendapat balasan berupa keampunan daripada Tuhan mereka dan syurga yg di dalamnya mengalir sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan itulah sebaik-baik balasan pahala bagi orang yg beramal.
137. Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah, kerana itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat (kesudahan) orang yg mendustakan (rasul-rasul).
138. (Al-Quran) ini adalah penerang bagi seluruh manusia dan petunjuk serta pengajaran bagi orang yg bertakwa.
139. Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yg paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yg beriman.