kalo rajen kLik lah :P

geng2 ice ! let us be a better person :)

Tuesday, August 31, 2010

demam kura-kura

" pasai apa ko tak datang kelas? demam kura2 eh? "
" mase ko demam, sure ko jalan slow giler kan..cam kura2 "

MyEm0.Com

Masa kecik2 dulu aku main sebut je padahal tak tahu pun demam kura2 tu macam mana. Masa tu aku ingat demam kura2 tu macam demam yang yok Saje mengade buat2 demam sebab malas pegi kelas, takpun sebab cikgu garang. Heh. Sehinggalah semalam..ketika lecturer mengajar pasal malaria..

beliau cakap orang yang kena malaria ni biasanya mengalami 3 peringkat semasa demam iaitu hot, sweating, dan cold. Mase peringkat hot, pesakit akan merasa sangat panas sebab suhu badan dye mencecah 40-41oC. pesakit tu juga mungkin mengalami delirium..emm delirium ni macam meracau2 la kan. 2-6 jam pastu, pesakit masuk sweating stage plak. Pesakit akan berpeluh2, sebab nak stabilize suhu badan yang tinggi tu. Ketika ni pesakit berasa sangat letih dan tertido.

MyEm0.Com

2-4 jam lepas tu..masok la cold stage..haaa..mase ni la orang cakap demam kura2 tu! Sebab apa demam kura2? Sebab pesakit tu akan berasa sangat2 sejuk sampai menggigil. Bile da rasa sejuk sangat, dye akan membungkusskan diri dengan selimut, pastu meringkuk atas katil macam kura2! Hehehe..see..that’s why la..

cute x..? hihi.


kura2 kembar siam. muke serius giler!

Maka terbongkarlah misteri demam kura2 yang bersarang selama lebih 20 tahun dalam otakku..huh..kenapa aku baru tahuuu pasal ni ?? uhuk uhuk uhuk. Fetetik. Sob.


Saturday, August 28, 2010

cinta tiada sebab

Dalam satu kisah percintaan yang menarik.Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada
si suami. Ini dialog mereka...

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi! kenapa abang
tidak boleh terangkan sebabnya??

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang
cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu.Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"




Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut
berbunyi begini :

"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu...
sekarang bolehkah engkau bersuara?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..
Jika disebabkan kasih sayangmu dan ingatanmu
terhadapku,aku mencintai mu...
sekarang bolehkah engkau menunjukkannya?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu,
sekarang bolehkah engkau tersenyum?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu,
sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..
Jika cinta memerlukan
SEBAB seperti sekarang,maka aku tidak lagi
mempunyai sebab untuk mencintai mu!!!
Adakah cinta memerlukan sebab?
Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan ciinta tidak perlu ada sebab
kerana
kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan
dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam HATI"


p/s : dedikasi khas buat seseorang teristimewa yang ditimpa kemalangan jalan raya malam jumaat lalu ( 26 Ogos )..mase tu dye baru je lepas beli hadiah buat insan kesayangan :'( ...semoga cepat sembuh sayang...

Saturday, August 21, 2010

istana pasir


ingin sekali aku berlari ke pantai
membina istana pasir
menjadi permaisuri yang bersenang-lenang
ditemani hamparan pantai
jauh dari kesibukan...










namun aku sedar aku punya tanggungjawab
sebagai mujahidah di jalan-Nya
mendalami ilmu yang tiada penghujung
biar payah enggan sesekali aku berundur

kerana aku tahu...
ada kesenangan selepas kesusahan...

dan istana pasir itu hanya berdiri sementara.


Tuesday, August 17, 2010

dinar panasss

haiiiihhh ! panas ati baca berita kat satu paper ni. takbole r gitau paper ape takot kena saman. sekarang kan musim saman menyaman. tak lama lagi bila masing2 da sengkek musim samun menyamun pulak..kan..kan..

sebelum hati aku ni terbakar lagi marak, nak tanya duLu..objek kat bawah ni nama dia dinar emas ke dinar PAS ??!!!




baru je baca title, da hilang mood. nampak sgt ada 'bias'. dah la tengah panas. luar panas dalam pun panas. aku baca yang seterusnya sambil jalan pulang ke umah.

'politik oportunis murahan' ? - canggih bahasa tu. tapi orang kampung macam aku still boleh paham la. opportunistic infection pun aku paham lagi.

'PAS buta huruf' ?! sejak 1990 ?! - ape relevannya tahun 1990 tu?? perlu ke sebut..oO lupe. cikgu sastera penah ajar ape itu hiperbola. inila fungsinya..kot..

satu lagi benda budusssyhh yang aku bace, paper tu kate..kalo nak buat, knapa xbuat dari dulu lagi, dari zaman krisis kewangan global 2008. kalo buat mase tu baru la lebih berkredibiliti. statement budussyyh ni aku taktauu la nak jawab macam mane..mmg budussyyhh. statement tu seolah2 same la kalo aku tanya..kalo nak buat sesuatu perubahan tu, kenapa xbuat dari dulu lagi ???? bangang kepala hotak melayan soalan macam ni.

oke abis satu berita..aku baca berita kat bawahnye pulak..

' Bik Mama simpati nasib isteri ATM tak beraya dengan suami '

baru rasa simpati ke..kenapa tak simpati dari dulu lagi ??? da banyak kali kot raye. tengokkk...soalan budusyhh kan. aku pun turut jadi budusssyhh lepas bace paper neh. adoi. xmo dah aku baca paper ni ! pengalaman kena tinggal 2 jam tu tak same kalo dibandingkan kena tinggal berbulan2 okeeee ~~

Sunday, August 15, 2010

jom dapatkan backlink! [ 4.award from belalang ]


rasanya lebih kurang 3 bulan da ice tak tempek award kat peti sejuk ice ni. bukannye takde orang kasi, cuma perasaan malas melanda bila terlalu banyak lambakan award dalam list. sampai nak buat entry sendiri pun xsempat..dah la tuan punya badan ni pun tak rajen nak menulis entry tiap2 hari. so em..nanitozo jo touhou! (please forgive me!) terutamanya kepada yaty yang banyak bagi award dan kawan2 y laen. hukhuk.



oke..award ni ice terima daripada Suara Bawah Tanah atau Belalang yang ada iras2 Jehan Miskin katanye. hehe. terima kasih belalang sebab sudi bagi award yang unik and sangat bes! kenapa bes..sebab dia besssss ~ haha. sebab nye..award ni boleh tolong blogger2 dapatkan backlink. macam mana caranya..baca betol2 kat bawah ni..

.......................................

Bagi siapa sahaja yang menerima award ini, diharuskan memberikan/tag kepada 5 orang lagi. Kemudian, si penerima award harus meletakkan link-link berikut di dalam entry anda.



Sebelum anda meletakkan link-link di atas, padamkan dahulu link yang berada di no 1, kemudian semua link yang tinggal dinaikkan 1 level seperti no 2 menjadi no 1, link no 3 menjadi no 2 dan seterusnya. Selepas itu masukkan link anda di bahagian paling bawah sekali iaitu no 5. Kejujuran adalah penting. Jika setiap penerima award mampu memberikan award ini kepada 5 orang dan kesemua mereka yang ditag meletakkan link dengan betul, maka jumlah backlink yang didapat ialah:-

Posisi 5 : Jumlah backlink = 5
Posisi 4 : Jumlah backlink =25
Posisi 3 : Jumlah backlink = 125
Posisi 2 : Jumlah backlink = 625
Posisi 1 : Jumlah backlink = 3,125

"Menurut info dari SEO (Search Engine Optimation) ramai blogger telah mendapatkan 1,923,125 backlink dan keuntungannya blog anda akan mendapatkan trafik tambahan, apalagi jika ada orang mengklik ke blog anda", kata tuan punya award asal kot.

............................................

faham tak? kalo tak faham baca sekali lagi. menarik kan..so apa salahnya kalo kita try2..pastu pakat pass2 award ni kan..hee. so..insan2 bertuah yang ice pilih terima award ni adalah.. jeng3! :



tahniah! :P wajib buat tauu..barulah keberkesanannya lagi umphh! hehe..selamat mencuba :)

MyEm0.Com

Sunday, August 8, 2010

ketam !


ermmm.......

MyEm0.Com


ini ketam jantan.




ini ketam betina.
aku jumpe 2 gambar ni kat sini.




ketam ni pulak da mati akibat terlampau kesunyian..cian dia.
jumpe kat tepi pantai.


sekian.......

MyEm0.Com


ahahahahaa..macam takde keje lain je aku ni!

Friday, August 6, 2010

oh my messy sunday


hari ahad ( 8 Ogos '10 )

my list-to-do :

1. roleplay mengenai HIV counseling.

kenapa la aku tak tarik diri hari tu sobsob. biasanya aku duduk tengok orang present kat depan je. jadi tukang gelak. sekarang ni aku plak yang kena. mampukah aku buat depan 200++ penonton tu? wargh depress tetibe. kena practise lagi ni!

2. pbL 1 dengan dr *****

''sape kawan 'budak ice' ni?" menggigil2 kawan aku angkat tangan.
"pesan kat dia, suh jumpe saya. dia ingat dia pandai sangat tak datang sesi ni" dr tu ckp. kawan aku sampaikan pesan. aku ingat sesi tu batal sebab dr yang spatotnya handle grup aku takde. tak sangka pulak dia yg ganti. huh. setahun benda tu berlalu. aku tak pergi jumpe dia. tak sangka pulak ahad ni kami bakal bertemu empat mata. hahaha. mati aku!

3. jumpa PA

kena jumpa my personal assistant la..nk discuss dengan dia pasal holiday ni..emm i nak pegi melancong ke mana yerrrr..hahaha poyo jerk! sebenarnya PA tu stands for penasihat akademik. mesti dia nak tanya aku nape result exam aku teruk! aku pun tak tahu kenapa padahal aku rasa boleh jawab aje. hurm nak jawab ape? takkan nak senyum je. hoho.

.......................................

demikianla perkara2 penting yang BAKAL berlaku ahad ni. sumenye buat gua sesak napas je. debaran nye mengalahkan debaran malam pertama ( macam la pernah buat haha ). nak je gua lari tapi tak boleh. sebab gua kena fight! bukan flight! isk..sape2 yang membaca ni doa2 kan la gua smoga selamat ahad ni.



aku mau Messy Sundae ni! xmau la sunday yang messy..sob sob.


MyEm0.Com

Wednesday, July 28, 2010

fight or flight

i choose FIGHT ! ♛
......but how long i can stand it ?




** aku rasa konfius pulak. patot kah kita teguh dengan sesuatu pendirian atau jadi fleksibel dengan sesuatu keadaan ??....arghh..otak! kenapa ko pikir macam nii?! **


MyEm0.Com

Thursday, July 22, 2010

rambut, rambutan dan kesengalan

Ketika aku dan grup aku sedang buat survey kesihatan kat sebuah rumah…..

“pakcik..sekarang ni saya nak ukur berat pakcik pulak..naik atas penimbang ni ea”

“ kena mencangkung ke berdiri? “ Tersenyum2 pakcik tu sambil naik atas weight scale. aku tahu dia saje je melawak. Hehe. Layankan aje. Aku sengih jugak.

“baring pun boleh pakcik..sila2..” aku jawab.Tapi dalam hati je la. Takkan la nak cakap betul2 macam tu, mampus aku kena parang. Nanti orang cakap aku tak professional pulak..ngeh3.

Lepas timbang berat, ukur tinggi, check bp and tanye2 soalan apa yang patot..aku ngan member pun duduk2 kejap kat tangga rumah pakcik tu sebelum pegi ke rumah seterusnya. Penat kot sebab rumah dia jaoh nun dekat2 ngan sawah. Tapi syok jugak sebab pakcik tu jamu kitorang dengan buah rambutan, mangga..musim buah la katakan..

gambar dicuri dari pakcik gugel.

“ adik, ade tak ubat nak kasik tumbuh rambut..he he he” pakcik tu tanya sambil usap2 kepala licin dia.

“ err..entahla pakcik. ade kot. penah jugak tengok iklan dalam suratkhabar” Kurang pasti. Sebab tak penah guna. Sambung kopek kulit rambutan dengan tekun..

“ orang kate..…kalau nak rambut lebat…. guna TAHI LEMBU! sapu atas kepala..boleh jadik macam BAJA! betol ke dik?? " berdekah2 pakcik tu ketawa. aku takleh tahan. Terlekat bijik rambutan der..

Sunday, July 18, 2010

ayam masam manis yang cun


sejak seminggu 'check in' ke 'teratak indah' ni..aku rasa aku da ade hobi baru..hihi..

MyEm0.Com

memasak !

ece..terasa diri ni macam da nak kawen plak. hehe. lambat lagi tu. lagi lima nam tahun kot lepas abis study n kewangan da stabil. ilmu rumahtangga pun baru takat dada itik da nak berangan. weks. *okeoke lari tajuk da ni*

buruk2 teratak ni pun ade dapur yg bes..dapur gas, kuali, senduk2 sume da ade. so semangatla aku dan housemates aku nak masak. erk..ni firsttime aku ade housemates dan bergelar housemate kepada seseorang. nak buat macam mane..universiti-sayang-menyayang tu da halau kitorang gara2 budak2 'apek' tu lar! haih. geram pulak tetiba. *larik tajuk lagi..adess*


asyik terpesong je gua ni..ish..k la straight to de point..sekarang ni ice mau share resipi y kitorang masak tengahari tadi..AYAM MASAM MANIS ! sangat simple dan izi mizi lah. sesuai untuk anak2 dara kesunyian ( macam aku..haha) dan xde keje nak buat. yelar..daripada asyik duk mengadap laptop je 24 jam non-stop, ade baiknya masak2..kenyang jugak perut..


AYAM MASAM MANIS
Bahan2 :2-3 keping isi ayam ( lagi bes bahagian dada ) - potong dadu3 sudu besar sos cili3 sudu besar sos tomato3 sudu besar minyak1 sudu kecil gulasedikit garam
Bahan hiris :1 labu bawang besar2 ulas bawang putih1 inci halia3 cili merah
Cara2 : 1. ayam dipotong dadu dan digaulkan dengan sedikit garam.2. panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.3. masukkan bahan hiris dan kacau rata.4. masukkan sos tomato, sos cili dan gula. kacau rata.5. siap!

siap untuk dimakan !!


semalam masak udang black pepper tapi...masiinnn macam air laut. tak berani pulak nak bagi resipi kang ramai yang komplen. ngee. ayam masam manis ni sure sedap..gua berani potong kuku jari ar. hoho. tengah pikir nak masak ape pulak lepas ni ek.......


Saturday, July 10, 2010

Si Paul vs Si Mani

Si Paul pilih Spain.Si Mani pilih Belanda.

Penjudi bola sepak mesti tengah pening kepala nak pilih yang mana. Padan muka. Hoho. Sape suruh percaya kat binatang tukang tilik dua ekor tu. Haram. Judi tu haram.

Aik? Kelantan? Ngeh3.

Aku teringat kata2 seorang member ku di fesbuk….,”klu team yang Paul pilih tu menang janganlah sampai kita beriman dengan sotong tu pulak”ini tidak..ade sesetengah orang tu terlalu taksub dengan ramalan sotong. Anggap je la ianya kebetulan ataupun sebagai ujian untuk menguji sejauh mana iman seseorang..sejauh mana tahap kesabaran.

Yelar kalau kebetulan team yang diramal kalah tu betul2 kalah..siapa tak bengang dengan sotong tu. Siap ada nak buat sotong celup tepung la..macam2..aku pun terr-bengkek jugak bila si Paul pilih Spain. Heeee. Aku da warning dia jangan buat ramalan, tapi dia buat jugak. Haish. Tapi papepun aku tak ambik port sangat si lembik tu pilih apa..sebab aku tetap sokong Oranje ~!

Waka-waka OranJe ~!

MyEm0.Com

Aku bajet lepas final ni..memang 'arwah' lah mana2 sekor..


Monday, July 5, 2010

condom restaurant pun ada?

Jom kita terjah restoran2 cambes di dunia..he he he..

MyEm0.Com
.......................................
Underwater Restaurant in Maldives.

Merupakan restoran bawah laut pertama di dunia dan diperkenalkan pada april 2007. Sambil makan kita boleh tengok ikan berenang2 kat atas..tersenyum mesra melambai2 tangan dia..eh sirip. oh indahnya. Punye la eksklusif restoran ni, boleh muat 14 orang je..huh..


Dinner In The Sky in Belgium

Kalau yang gayat tu tak payah mimpi la nak makan kat restoran macam ni. Silap haribulan terkeluar pulak isi perut kat atas tu. Hehe. Restoran ni terletak 50 meter di udara dan satu meja hidangan tu untuk 22 orang termasuk 3 staff members iaitu chef, waiter dengan entertainer. Yang penting jangan lupa pakai seat belt!


Ice Restaurant in Dubai Yang ni ice paling suke!

Restoran ni bernama Chillout..macam lagu Complicated avril lavigne lak. ‘chill out,watcha yelling for..lalala’. hehe. Apa yang spesel nye perhiasan, perabut dan gelas cawan kat restoran ni semuanya dibuat daripada ice..maka xhairan lah kalau suhunya hanya -5 darjah celcius. Ngee..sejuuukkk ~~


Toilet Restaurant in Taiwan

Erk..macam mana la boleh terfikir nak jadikan toilet sebagai tempat makan? Wekk. imagine la makan sambil duduk atas mangkuk tandas. Wekk. Makanan pulak dalam mangkuk tandas jugak. Wekk. nasib baik makanannya tak bertemakan tandas jugak! Wekkk!!


Condom Restaurant in Thailand

Awat waiter dia pakai macam tu? Haha. Lawak tol. name restoran ni adalah Cabbages & Condoms. Kat dinding2 restoran ni ada kondom..manakala karpetnye pun di’print gambar kondom. Tema kondom la katakan..haha :P


Hospital Restaurant in Latvia

Restoran ni bernama Hospitalis terletak di Riga, Latvia. Customer akan dilayan baik seperti pesakit manakala waitress2 nye pulak pakai uniform nurse. Ces nurse pun pakai stetoskop ka?..hehe. Sure selesa lah ala macam duk kat spital la. Tapi yang tak tahannya makanannye tu..siap ada syringe dalam pinggan! Pe kes?? isk geli geleman den nak makan makanan terlebih steril ni..
..........................................................
MyEm0.Com

So mane satu pilihan korang ? he he he.

Wednesday, June 30, 2010

siapa dia Perak Man

Aku bukanlah superman..aku juga bisa nangis..lalalaa.hehe.tetiba rasa nak menyanyi-nyanyi bila wat entry ni.bukannya ape ice mau berkongsi something..nama dia ade –man jugak kat belakang.tapi bukan superman lah.batman? bukann.spiderman? no no no.haha.usah kita berteka teki lagi buat penat otak je..ice mau kongsi sikit pasal Perak Man! Maybe ada yang da tahu takpelah..buat yang belom tahu lagi jom kita tengok siapakah sebenarnya Perak Man..adakah dia diselaputi perak? Nahhh ~ check diz out.


MyEm0.Com


Perak Man

1. Merupakan rangka manusia tertua, berumur 10 000-11 000 tahun, pernah dijumpai di Malaysia. ( 1991 - dalam Gua Gunung Runtuh di Lembah Lenggong, Hulu Perak )

2. Sejak dilahirkan lagi dia ada penyakit (congenital deformity) yang dikenali sebagai brcymesophalangia.

3. Umur : 40-45 tahun. Tinggi : 157 cm.

4. Berjalan secara membongkok.

5. Memiliki tangan kiri yang lemah dan satu jari cacat.

6. Dikebumikan dengan posisi fetus ( kedua kaki berlipat ke arah dada ) dengan tangan memegang beberapa jenis daging. Selain tu, dia juga dikebumikan dengan peralatan batu dan beribu2 kerang sungai.


Kad pengenalan Perak Man..lawa kan ?

Lagi lawa daripada ic aku yang da rosak cip nya. Entah bila la nak pegi tukar sob sob. Gambar ni diambil kat Muzium Arkeologi Lenggong. Info2 ni pulak daripada encik wiki. Thanx a lot encik wiki! Kalau harap nak tulis apa yang aku ingat masa melawat muzium tu tempoh hari memang kosonglah ruangan info tu..ngehehe. Tahniah jugak kepada kumpulan penyelidik Malaysian Archeological Research Centre USM yang diketuai oleh Datuk Prof Zuraina Majid. Bangga2. Tetiba je rasa nak mengaku sebagai student USM boleh tak ? hee.


Perak Woman pula ditemui pada 2004..makwe dia kah? Entah la..kui3.

MyEm0.Com


Monday, June 28, 2010

pandai2 jaga diri yep


da lame gila xupdate blog ni.sory beribu2 kali sory buat pengintip2 ku.haha bajet ade orang nak baca blog ni.weks.ice tengah taip sambil layan 'gadis melayu' tv9.hihi.macam2 istilah melayu yang diorang (orang yang datang interbiu) kasi.ade gak yang pandai cakap je tapi penampilan aku bagi kosong markah..erk..takboleh2..negatif markah! hadui..lantak lah.pandai2 la tuan punya badan bawa diri sendiri.jaga aurat, urat dan sekalian apa yang patut.




ice baru pulang dari tempat ni...


penat ouh.tolong adik buat preparation masuk u.dia bukannya tak biasa duk kat asrama, tapi da last minute..baru la dia nak check barang2 dia.yang ni belom beli, yang tu belom fotostate..macam2 la.kelmarin, da pegi hantar dia daftar..ni baru la boleh rilex sket. anak2 mama aku yang ada 7 orang sekarang da tinggal 5.sorang pegi langkawi.yang third uitm .pastu tak lama lagi adikku yang second ni pegi uitm gak. cuti aku pun bakal berakhir..sob2.so tinggal la lagi 3 orang anak mama kat rumah.kecik2 pulak tu.waduh..mama dengan abah jadi macam muda2 balik la..anak baru 3..hehe..


MyEm0.Com


on the way pulang dari seri iskandar melalui gerik..ice ternampak geng2 motor besar tengah duduk2 tepi jalan.ingatkan diorang tengah buat apa kat tengah2 bukit tu.bila usha tajam2 baru la nampak ada sbijik motor kat dalam longkang..accident rupanya.masyaAllah. tak lame kemudian..terserempak lagi dengan sebijik van hancor kat sisi bukit.ramai gak kete yang berhenti kat tepi jalan.ayah aku pun berhenti gak pasal nampak nombor plat van tu 'D' kat depan.mana la tau kenal sebab bila tanya orang kat tepi2 tu katanya pemandu van tu baru lepas daftar anak kat seri iskandar jugak.risau beb.tak dapat aku bayangkan bagaimana perasaan si anak bila tahu ibubapanya accident selepas hantar si anak.

MyEm0.Com


sepanjang perjalanan aku takleh tido.mata ni terbukak luas tengok kat depan.berjaga2.bila ada kete yang gile2 siket mula la mulut ni nak menyumpah.maybe dalam kepala diorang ada benda lagi penting selain nyawa.entah la. makin kecut perut ni nak drive bila terjadi benda2 macam ni. ish. lesen motor L ( L for lambat ) aku lak terbengkalai macam tu je..aku rasa kena masuk bengkel balik ni..huahua.


so in a nutshell ( cengkerang kacang? )..berhati2 lah di jalan raya.anda mampu mengubahnya.huk3.




sempat sambar dua ekor beruang ni kat bukit bunga..hehe.

Friday, June 18, 2010

katil - katil cambes

Rasa mengantuk pulak pagi2 ni. Sejuuuk sebab hujan. Katil kat sebelah ni da jeling2 manja kat aku..nak ajak aku tido la tu. Cheese! Aku takkan tergoda! Daripada melayan perasaan mengantuk ni ada baiknya kita usha gambar2 besh yang aku gugel tadi..yosh !


MyEm0.Com

Gambar katil ! hahaha..sori beb. Aku sebenarnya tak mampu menepis perasaan kasih dan sayang kepada katil :P


KATIL BURGER - tengok muka mamat tu bahagia je tido atas daging burger dan cheese, sambil memeluk ‘objek merah’ (tomato kot ) dan diselimuti sayur hijau! Timun pun ada! Isk jelez gue..nak tido kat celah2 roti burger tu jugak..! Sure mimpi indah ah. Kalau terjaga tengah malam sebab lapar, tak perlu la bersusah-payah pegi ke dapur..ngee


KATIL CURVE – Nampak macam eksklusif kan. Katil ni bagus untuk orang yang susah nak bangun tidor. Bila ade orang lain kejutkan korang dan tarik kaki korang kat hujung katil tu..pastu korang jatuh gedebik atas lantai..takde la rasa sakit sangat klu dibandingkan jatuh daripada katil2 biasa..haha


KATIL SILING – sangat sesuai untuk orang yang sukakan kekemasan sebab ianya boleh menjimatkan ruang..bagus kan. Ia juga boleh membuatkan orang mati tersepit kat siling..hee..


KATIL TELUR – suka katil ni sebab nampak kukuh dan ada lebih protection. Ala..macam tidur dalam telur la. Hehe. Sila abaikan diorang yang kat dalam tu ea :P


KATIL TAKTAUNAKLETAKNAMAPE - Agak2 korang boleh tak tido static macam ni dari malam sampai esok pagi ? hehe..imposible for me. kena plak yang selalu mengigau..sure lima nam kali gak jatuh kalau guna katil ni. Lagipun tak semua orang tido posisi macam tu kan..


Aisey..bertambah ngantok lak tengok katil2 neh. Haha. Jom ikot ice gulink2 kat belog orang pulak :)


MyEm0.Com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...