kalo rajen kLik lah :P

geng2 ice ! let us be a better person :)

Showing posts with label jalan2. Show all posts
Showing posts with label jalan2. Show all posts

Saturday, June 11, 2011

makan telur penyu


Alangkah indahnya kalau aku dapat berada kat bukit jalil malam ni...waa! Nak tengok red warrior bergomo ngan penyu. Mesti hawttt u..dua kuasa gergasi bola sepak pantai timur bertembung. Tapi apakan daya. Ku dipenjara, terkurung...terhukumm. Hanya bertemankan sepi ~ La la la ~ * siapa tahu lagu ni? **jiwang ouhh...

Caiss budak ice ni..bajet dipenjara konon. Pagi ni kan kena pergi ke terengganu untuk pendaftaran universiti. Hurm...terasa diri curang di situ..uhuk2. Penyokong2 kelantan lain sibuk berkonvoi ke stadium bukit jalil, aku pulak ber'konvoi' ke negeri lawan.....nice..ahaks ~



designed by : Oren Kecik

GOMO KELATE GOMO !! bagi yg tak tau, gomo bermaksud berjuang berhabis-habisan/bersungguh-sungguh/bermati-matian..bukan bergomol ye rakan2..hahaha ~ Memang la gomo tuu asal dari perkataan gomol tapi maksudnya lain. Gomol tu bunyi nye macam tettt je..xseswaaai ~ :P Dalam versi omputihnye, GO MORE KELATE GO MORE !!


MyEm0.Com

Hopefully perlawanan malam ni bersih..dan tidak diatur sebagaimana khabar angin yang bersepoi2 kat akhbar tu. Baru lah kita dapat tahu yang mana satu hero sejati. Tak gitu.

"Kepada penyokong2 the red warriors, ingat deh pesaney tok guru...biar jurus2 sket sek2 kito". Ce kelih sini :: kelate.net ::

Thursday, July 22, 2010

rambut, rambutan dan kesengalan

Ketika aku dan grup aku sedang buat survey kesihatan kat sebuah rumah…..

“pakcik..sekarang ni saya nak ukur berat pakcik pulak..naik atas penimbang ni ea”

“ kena mencangkung ke berdiri? “ Tersenyum2 pakcik tu sambil naik atas weight scale. aku tahu dia saje je melawak. Hehe. Layankan aje. Aku sengih jugak.

“baring pun boleh pakcik..sila2..” aku jawab.Tapi dalam hati je la. Takkan la nak cakap betul2 macam tu, mampus aku kena parang. Nanti orang cakap aku tak professional pulak..ngeh3.

Lepas timbang berat, ukur tinggi, check bp and tanye2 soalan apa yang patot..aku ngan member pun duduk2 kejap kat tangga rumah pakcik tu sebelum pegi ke rumah seterusnya. Penat kot sebab rumah dia jaoh nun dekat2 ngan sawah. Tapi syok jugak sebab pakcik tu jamu kitorang dengan buah rambutan, mangga..musim buah la katakan..

gambar dicuri dari pakcik gugel.

“ adik, ade tak ubat nak kasik tumbuh rambut..he he he” pakcik tu tanya sambil usap2 kepala licin dia.

“ err..entahla pakcik. ade kot. penah jugak tengok iklan dalam suratkhabar” Kurang pasti. Sebab tak penah guna. Sambung kopek kulit rambutan dengan tekun..

“ orang kate..…kalau nak rambut lebat…. guna TAHI LEMBU! sapu atas kepala..boleh jadik macam BAJA! betol ke dik?? " berdekah2 pakcik tu ketawa. aku takleh tahan. Terlekat bijik rambutan der..

Wednesday, June 30, 2010

siapa dia Perak Man

Aku bukanlah superman..aku juga bisa nangis..lalalaa.hehe.tetiba rasa nak menyanyi-nyanyi bila wat entry ni.bukannya ape ice mau berkongsi something..nama dia ade –man jugak kat belakang.tapi bukan superman lah.batman? bukann.spiderman? no no no.haha.usah kita berteka teki lagi buat penat otak je..ice mau kongsi sikit pasal Perak Man! Maybe ada yang da tahu takpelah..buat yang belom tahu lagi jom kita tengok siapakah sebenarnya Perak Man..adakah dia diselaputi perak? Nahhh ~ check diz out.


MyEm0.Com


Perak Man

1. Merupakan rangka manusia tertua, berumur 10 000-11 000 tahun, pernah dijumpai di Malaysia. ( 1991 - dalam Gua Gunung Runtuh di Lembah Lenggong, Hulu Perak )

2. Sejak dilahirkan lagi dia ada penyakit (congenital deformity) yang dikenali sebagai brcymesophalangia.

3. Umur : 40-45 tahun. Tinggi : 157 cm.

4. Berjalan secara membongkok.

5. Memiliki tangan kiri yang lemah dan satu jari cacat.

6. Dikebumikan dengan posisi fetus ( kedua kaki berlipat ke arah dada ) dengan tangan memegang beberapa jenis daging. Selain tu, dia juga dikebumikan dengan peralatan batu dan beribu2 kerang sungai.


Kad pengenalan Perak Man..lawa kan ?

Lagi lawa daripada ic aku yang da rosak cip nya. Entah bila la nak pegi tukar sob sob. Gambar ni diambil kat Muzium Arkeologi Lenggong. Info2 ni pulak daripada encik wiki. Thanx a lot encik wiki! Kalau harap nak tulis apa yang aku ingat masa melawat muzium tu tempoh hari memang kosonglah ruangan info tu..ngehehe. Tahniah jugak kepada kumpulan penyelidik Malaysian Archeological Research Centre USM yang diketuai oleh Datuk Prof Zuraina Majid. Bangga2. Tetiba je rasa nak mengaku sebagai student USM boleh tak ? hee.


Perak Woman pula ditemui pada 2004..makwe dia kah? Entah la..kui3.

MyEm0.Com


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...