kalo rajen kLik lah :P

geng2 ice ! let us be a better person :)

Showing posts with label telur. Show all posts
Showing posts with label telur. Show all posts

Friday, July 1, 2011

10 fakta menarik mengenai ayam


Hari-hari duk makan ayam..memang sedap sampai menjilat ibu jari kaki..tapi tahukah korang terdapat beberapa fakta menarik berkaitan dengan ayam ni sebenarnya..ke korang tahu makan je? Haa aku da agak dah..sebab aku pun sama..wahaha ~ Check diz out :

1. Sebanyak 9 biji telur kuning pernah ditemui di dalam sebiji telur. Ayam jantan mane ntah power gila tenaga batin..free2 dapat kembar sembilan tuu..

2. Ibu ayam memusing2 kan telurnya lebih kurang 50 kali sehari supaya telur kuningnya tidak melekat pada kulit telur. Rajen betol ibu mithali ni..

3. Bulu ayam akan gugur sekiranya ayam itu stress. Jangan ingat korang je tahu stress, ayam pun ada masalah peribadi diorang jugak tau..

4. Sedara mara terdekat bagi ayam adalah Tyrannosaurus-rex. Atau nama manja nye T-rex.

5. Tahi ayam yang dihasilkan oleh seekor ayam sepanjang hidupnya boleh menjana elektrik dan menyalakan sebiji mentol lampu 100 wat selama 5 jam. Inilah kot yang dikatakan hangat-hangat tahi ayam..


pic ayam muncet dari pakcik gugeL. sumber fakta dari SINI

6. Di atas muka bumi ini terdapat lebih banyak ayam berbanding manusia. Tapi aku rasa kebanyakan ayam sekarang da jadi kepsi..hahaha..dap emmph!

7. Terdapat 4 buah bandar di US yang mempunyai perkataan 'chicken' dalam namanya, iaitu : Chicken, Alaska..Chicken Bristle, Illinois..Chicken Bristle, Kentucky..dan Chicken Town, Pennsylvania. Di Malaysia tak pasti pulak..ade ke Kampung Ayam?

8. Alektorophobia adalah sejenis penyakit fobia atau ketakutan terhadap ayam.

9. Semakin tua ibu ayam, semakin besar telur yang dia hasilkan. Hmm..berbeza dengan manusia. Manusia kalau makin tua, makin kurang produktif..telur pun makin kecik?? Ooppss..

10.Seekor ayam yang telah dipotong kepalanya dilaporkan telah bertahan selama 18 bulan hidup tanpa kepala. Ada menuntut ilmu kebal agaknye..

Menarik, bukan? Secommon-common ayam tu pun ada keistimewaannya. So mulai sekarang hargailah ayam2 di sekeliling kita. Bukan ‘ibu2 ayam’ di lorong gelap tu yer rakan-rakan. Spesis ‘ayam’ yang tu layak makan penampar aje!

MyEm0.Com

Saturday, June 11, 2011

makan telur penyu


Alangkah indahnya kalau aku dapat berada kat bukit jalil malam ni...waa! Nak tengok red warrior bergomo ngan penyu. Mesti hawttt u..dua kuasa gergasi bola sepak pantai timur bertembung. Tapi apakan daya. Ku dipenjara, terkurung...terhukumm. Hanya bertemankan sepi ~ La la la ~ * siapa tahu lagu ni? **jiwang ouhh...

Caiss budak ice ni..bajet dipenjara konon. Pagi ni kan kena pergi ke terengganu untuk pendaftaran universiti. Hurm...terasa diri curang di situ..uhuk2. Penyokong2 kelantan lain sibuk berkonvoi ke stadium bukit jalil, aku pulak ber'konvoi' ke negeri lawan.....nice..ahaks ~



designed by : Oren Kecik

GOMO KELATE GOMO !! bagi yg tak tau, gomo bermaksud berjuang berhabis-habisan/bersungguh-sungguh/bermati-matian..bukan bergomol ye rakan2..hahaha ~ Memang la gomo tuu asal dari perkataan gomol tapi maksudnya lain. Gomol tu bunyi nye macam tettt je..xseswaaai ~ :P Dalam versi omputihnye, GO MORE KELATE GO MORE !!


MyEm0.Com

Hopefully perlawanan malam ni bersih..dan tidak diatur sebagaimana khabar angin yang bersepoi2 kat akhbar tu. Baru lah kita dapat tahu yang mana satu hero sejati. Tak gitu.

"Kepada penyokong2 the red warriors, ingat deh pesaney tok guru...biar jurus2 sket sek2 kito". Ce kelih sini :: kelate.net ::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...