sekadar perkongsian untuk teman2 ice..
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
MAKSUD BACAAN DALAM SOLAT
Allahu Akbar
Allah Maha Besar
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan Ketika Rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian
.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
rujukan : halaqah.net
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
sekarang ice nak tanya..nak jawab jawablah taknak jawab pun takpe.hehe.
- berapa ramai di antara kita yang menjaga solat 5 waktu?
- tercapai kah khusyuk dalam solat sekiranya kita tidak memahami apa yg dibaca semasa solat?
- cukup sempurnakah solat kita untuk diterima Allah?
sama2 perbaiki diri..dan selamat beramaL.. ;)
17 comments:
salam..peringatan yang bagus ni...kena check balik solat kita.dah solat tp still keluar dating,, mana yang tak kena tu...sama-sama mengambil iktibar.
yeaaaa.... nice one...;)
Sama-sama lah kita perbaiki diri...:)
bagus2,,ilmu bermanfaat
thanx 4 da sharing dear..
same2 kte amalkan:)
ok, teka teki:
sebab apa ada nama nabi Ibrahim dalam tahiyat akhir. jawap jgn xjawap.
memang sejuk bl0g ice ni..
sejuk ati membace.. like3~
solat itu merupa tiang agama, kalau tanpa tiang mak runtuh la ia..
sembahyang lah kamu sebelum kamu disembahyangkan..
sisyira : hehe...btol2 ;)
khaLidah : hehe..jz nk bkongsi ;)
cik tiram : yukk! same2! ;)
cik tiram : yukk! same2! ;)
mohd irwan : tenkiu jgk sudi poLo ;)
mizz moLecuLe : hee...came2 :)
org lidi : emmm sbb nabi ibrahim bapa segaLa nabi..btol x? btol x? :P
slipar putus : ice cooL aLwez ~ :p
life kami : thanx mngingatkan.. :)
Post a Comment