kalo rajen kLik lah :P

geng2 ice ! let us be a better person :)

Showing posts with label Allah Maha Besar. Show all posts
Showing posts with label Allah Maha Besar. Show all posts

Tuesday, July 12, 2011

Tengok je dah dapat pahala


saLam..puasa tahun lepas da abis ganti lom? hehe..cepat2 la bayor hutang tu dik sementara masih ada masa lagi ni. Bulan Ramadhan is juz around da corner oke. Bagi yang tak orientated to time tu, pegi cek kalendar. Hari ni berapa hb pun dye tak tahu..ish2, aku paham...cuti lama sangat kan...haha ~

Hari ni juz nak share sedikit ilmu yang aku dengar dari radio Kelantan FM petang semalam. Selalu dengar Suria FM, takpun Hitz Fm. Tapi disebabkan nak dengar azan maghrib untuk bukak puasa, so kena la bukak radio tempatan ye tak. Ceramah agama tu disampaikan oleh ustaz mane entah, x sempat dengar -_-" Antara isi2 yang menarik perhatian aku, adalah mengenai....

4 perkara, tengok je dah dapat pahala . Iaitu :

1. Tengok Al-Quran.
- tu belom baca lagi. pahalanya pasti berlipat ganda.

2. Tengok Kaabah.
- ustaz tu bagitau, Kaabah yang dimaksudkan adalah Kaabah yang sebenar. Bukannya sekadar yang ada dalam gambar sahaja.

gambar dari gugel.

3. Tengok wajah mak ayah kita.
- kalau dulu, mak ayah kita masih muda...tapi sekarang? perhatikanlah urat2 tua di wajah mereka, kulit tangan dan kaki yang semakin kasar..semuanya kerana pengorbanan dan susah payah mereka mendewasakan kita.

4. Tengok wajah alim ulama.
- orang yang mengajar kita ilmu agama, kerana ilmu yang diajarkan oleh beliau lah yang mampu menolong kita mendapat keredhaan Allah di dunia mahu pun akhirat. Contoh? Tuan Guru Nik Aziz :)


MyEm0.Com

Saturday, March 12, 2011

kena faham jangan buat aje


sekadar perkongsian untuk teman2 ice..

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

MAKSUD BACAAN DALAM SOLAT

Allahu Akbar

Allah Maha Besar

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan Ketika Rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian


.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

rujukan : halaqah.net
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

sekarang ice nak tanya..nak jawab jawablah taknak jawab pun takpe.hehe.

- berapa ramai di antara kita yang menjaga solat 5 waktu?
- tercapai kah khusyuk dalam solat sekiranya kita tidak memahami apa yg dibaca semasa solat?
- cukup sempurnakah solat kita untuk diterima Allah?
MyEm0.Com

sama2 perbaiki diri..dan selamat beramaL.. ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...