kalo rajen kLik lah :P

geng2 ice ! let us be a better person :)

Thursday, May 5, 2011

main tarik tali


aku penat..penat tengok orang main 'tarik tali'. dua2 pihak tunjuk belang. masing2 tak mahu mengalah. sebelah SINI sibuk kemukakan seribu macam alasan..sebelah SANA langsung tak boleh bertolak ansur. Kalau terus macam ni, bila nak habis?? last2 tali tu tak terdorong ke sebelah mana2. masih di situ. aku sebagai penyokong yg memerhati 'permainan' ni tak dapat apa2. takde melompat2 kegembiraan kerana menang..mahupun air mata kekalahan. Yang aku dapat..hanya KECEWA ~


Pesanan kepada yg sebelah SINI :: Mulut kau kata kau setuju dengan yg sebelah sana. tapi dalam masa yang sama kau bagi macam2 alasan sehingga dengan secara halus kau da bagitau kat dia yang kau sebenarnya tak setuju. kenapa tak berterus-terang ?? perlu ke bagi alasan??

Buat sakit hati je tau tak. kalau x nak, cakap x nak. kalau nak..usahalah!! bertindak segera bukannya berdolak dalih! Pernah dengar tak quote ni "you can't change the past, but you can ruin the present by worrying about the future" . So tunggu apa lagi. Kalau kau takde keberanian nak terima perubahan, sampai bila2 pun kau takkan berjaya.

MyEm0.Com

Pesanan kepada yg sebelah SANA :: perjuangan kau memang mantap. Tapi kurang fleksibel. Memang patot kau pertahankan pendirian kau seutuhnya. Tapi kau juga sepatotnya boleh menerima sekiranya terdapat teguran atau cadangan yang lebih baik, ini tidak ! Kau tolak mentah2. Tanpa sebarang sebab yang bagus.

Huh. Saat berdiri kau nampak megah. Rupanya mudah tumbang bila dijentik. Mulut kan ada, terangkan lah sejelas-jelasnya. Jangan biarkan pihak yg satu lagi berteka-teki. Cakap belakang tak guna beb..

buang masa aku je tengok 'permainan' ni. kalau diturutkan hati mau je lari jauh2. tapi aku terikat dengan SINI dan SANA. aku sayang diorang. aku takut diorang masih di takuk itu dengan 'permainan tali' tu, sedangkan diorang boleh berubah untuk jadi lebih baik..


aku penat..sakit hati..kecewa..

MyEm0.Com

3 comments:

alinac lover said...

SABAR JELA..TERUSKAN MEMERHATI

budak ice said...

alinac lover : yez dear...sabar jela niii ~~ ;D

budak ice said...

terrr-emo jap...heheh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...