kalo rajen kLik lah :P

geng2 ice ! let us be a better person :)

Sunday, June 15, 2014

Kasih sayang tak terungkap

Assalamualaikum..

Abah....
Kakak sebenarnya rindu sgt Abah
Terbayang wajah abah yg semakin tua..
Namun bibirnya tidak lekang dgn nasihat...
Senyumannya pula terlindung seribu satu pahit jerih kehidupan. ..
Terkenang penat lelah abah mencari rezeki utk kami sekeluarga...
Siang dan malam....
Bekerja utk kami makan...abah tak makan tak apa....
Asalkan anak2 nya senang...abah susah tak apa..... :(
Tegurannya, marahnya penuh kasih sayang...biarpun jarang diungkap....
Anak2 salah anggap. ..
Anak2 sangka abah tak sayang...
Anak2 sangka abah tak memahami. ..
Padahal abah lah yg paling memahami kerana menjaga sejak kecil lagi....
Namun,
Seteruk manapun sangkaan si anak..
Abah tetap mendoakan yg terbaik buat anak2 nya....
Kasih sayangnya jarang melalui suara...
Pengorbanannya lebih drpd segala2...

Abah.....
Minta maaf kakak hanya mampu bagi apa yg termampu sahaja...
Sekuat mana pun kakak usaha..
Tak mungkin dapat membalas jasamu abah...
Namun,
Kakak akan sedaya upaya membahagiakan abah....
Kakak akan sedaya upaya buat abah bangga mempunyai anak2 seperti kami.....
Minta maaf abah atas kedegilan kakak....
Atas kekurangan kakak.....
Abah segalanya bagi kami anak2...
Kakak sayang abah....
Semoga abah panjang umur, dikurniakan kesihatan yg baik,  dimurahkan rezeki dan mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat...amin....

Selamat hari bapa Abah....
Maafkan kakak....


Tuesday, September 10, 2013

SMS

Suatu malam, ketika insan2 ego ber-sms..

G : Jam dah sampai dah ?
E : Bila pos ?
G : Tak dapat lagi la tu..
E : Jatuh tengah laut kot.
G : Takpelah kalo jatuh.
E : Pos lain laa..
G : Malas dah la.
E : Alah..pemalasnye..
G : Awak ingat ni pasir ke?
E : Bukan pasir, tapi kristal..kam? winking
G : Dah sampai ke belom?
E : Dah ler..phbbbbt

Ni baru betol2 pesanan ringkas!
Syaratnya jangan lebih 5 patah perkataan.
Hmm..
Dalam ego, masih ada ..................

Tuesday, September 3, 2013

bahagia.



mengorbankan kebahagian diri demi kebahagian orang lain...
patot ke...?? hypnotized
dengan alasan 'aku bahagia kalau kau bahagia'

bahagia kah 'aku' sebenarnya ??

betol ke tindakan ni....
knape aku rasa seolah2 ada something wrong...somewhere...


perasaan ku..mungkin aku mampu sembunyikan lagi..
agar kau tak nampak...
agar kau nampak aku bahagia...
tapi perasaan kamu....pun....aku faham benarrr......sad




Friday, August 3, 2012

Terkesan di hati..

Antara maksud ayat Al-Quran yg paling terrkesan di hati aku . . .
Surah Al-Imran . . .

133. Dan bersegeralah kamu kepada mendapat keampunan daripada Tuhanmu dan syurga yg luasnya seluas langit dan bumi yg disediakan utk orang yg bertakwa.

134. Iaitu orang yg menafkahkan (hartanya), di waktu senang mahupun susah, dan orang yg menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang yg berbuat kebaikan.

135. Dan (juga) orang yg apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiayai diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka, dan siapa lagi yg dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak lagi meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.

136. Mereka itu mendapat balasan berupa keampunan daripada Tuhan mereka dan syurga yg di dalamnya mengalir sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan itulah sebaik-baik balasan pahala bagi orang yg beramal.




137. Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah, kerana itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat (kesudahan) orang yg mendustakan (rasul-rasul).

138. (Al-Quran) ini adalah penerang bagi seluruh manusia dan petunjuk serta pengajaran bagi orang yg bertakwa.

139. Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yg paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yg beriman.


Monday, July 30, 2012

s.i.n.g.L.e


yes...lonely, im miss lonely ~~ begitulah perasaan aku ketika ini...amatlah kesunyian sekali..sejak masok asrama and duduk bilik single ni...haish!! walaupun aku da byse duk asrama dari tingkatan satu, tapi ni first time aku duk bilik sorang2....dan terasa lain macam sekali....yelaah, bukak2 pintu tengok katil ade sebijik, almari sebijik, meja sebijik.....rasa macam duk dalam penjara pulak...ape salah hakuuuuu?? uwaaaa ~~ **bajet innocent sket.....hee hee**




ni lah rupa bilik akuuu**jgn percaya**...pink auww....hahaha...bila duk kat dalam tu terasa macam tuan puteri yang kena kurung oleh perempuan sihir jahat gituu...menunggu putera raja datang patah-patah kan jejari besi tu...eh jeriji besi tuu...dan bawa aku pergi ~~ pacu laju2 kita lari dari realiti ~~ lalalala....oops terlebih suda......

hurm terpaksalah aku byse kan diri....buat sementara waktu neh...yang tak bes nye takde member nk sembang...nak kacau2 orang pun xboleh....aku takot nanti sampai satu tahap kesunyian yang teramat sangat, aku belajar cakap ng anak patung aku..ng laptop aku..ng makanan aku...fuuh, bahaya neh! mintak jaoh laa.....kekerapan online ku mungkin bertambah memandangkan ni la salah satu cara menjimatkan tenaga untuk berhubung dgn rakan2 yg dirindui, selain bil telefon juga dijangka akan menaik secara mendadak bulan ni....huuu ~~

Tapi takpe lah cuba lihat dari sudut positif pula...suasana ni sebenarnya terr-amatlah efektif untuk study tambah2 aku da di tahun akhir pengajian....final exam tak lame je lagi.....sabarlah ice....nak boboks pun bobokss tahun depan je laaah !! huahuaa ~~


Thursday, July 19, 2012

ini kata2 orang gagah perkasa



Dont wait for time . . make it .
Dont wait for love . . feel it .
Dont wait for money . . earn it .
Dont wait for path . . find it . 
Dont wait for opportunity . . create it . 
Dont go for less . . get the best .
Dont compare . . be unique .
Dont fight for misfortune . . transform it .
Dont avoid failure . . use it .
Dont dwell on mistake . . learn from it .
Dont back down . . go around .
Dont close your eyes . . open your mind .
Dont run for life . . embrace it .


MyEm0.Com  
                -  Bigvai Volcy -


Monday, July 16, 2012

with hardship, there is relief


ye....sabar ice....susah2 engkau pn ramai lagi yg lebih susah....
kate orang...kita sentiasa nampak pelangi atas kepala orang, 
tapi tak pernah nampak pelangi atas kepala sendiri.....faham kan..

jadi bersyukurlah sentiasa...atas nikmat2 yang kita tidak sedari....
alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah.....

Thursday, May 10, 2012

nak kahwin..tapi..



baru-baru ni ade member aku ajak pegi kursus kawen..
memanglaa aku teringin sgt nak kawen awal2..sape taknak kan...
tapiiiiiiiii...............
tak tahu kenapa aku rasa aku takkan kawen..
mungkin kerana ade something yg menghalang...
atau mungkin tak sempat...?? hurmm ~~~
kenape takde dlm imaginasi aku pun yang aku akan berkawen.?
tak dapat nak bayangkan.....
macam mane tu eh......

tapi aku nak sangat ade anak sendiri comel mcm ni... 




hmmm :)
alangkah bertuahnya mereka yg dah berkahwin..
tahniah..peliharalah hubungan sebaiknya........ :)

#perancangan Allah pasti Maha Hebat#


kaler dari kaca mata girl vs guy



yeahh..name lagi pompuan..kalau tak complicated memang tak sah..hik3
#aku paling suke magenta ^^



Tuesday, April 24, 2012

irritated me..



ahaaiiiiii unip*ess ~~ u make me irritated seriously !
da lebih sbulan aku order barang nye tak sampai2

byk kali kot aku kol..tapi hampeh! mengecewakan..
bazir kedit je..aku nk guna barang tu tau x??

( muka tgh irritated..tapi maintain cute.. )

aku kol hr tu ckp dalam masa sminggu sampai..
tp aku TUNGGU LAGI berminggu2..tak kunjung tiba..
huuuhh panasss seyh..
ko da buat budak ice bertukar jadi budak lava..
so automatically..you are BLACKLISTED ! 
reason : bad service....unip*ess, bai !


Thursday, April 19, 2012

meow #3 : selepas exam..


waaa bosannnnn nye!!
sebelom exam bukan main plan nak pegi sana sini
kononnye nak enjoy selepas memerah otak..
mau shopping macam2, makan sedap2..
lagi nak dekat exam, lagi mengade2..

tapi selepas exam.........

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ~~~!!!!  bosan.



#iniadalahnormal#
sobs.


Friday, March 30, 2012

meow #2


saya yg bersalah..saya tak berfikir panjang pada masa tu..
saya terlalu mengikut perasaan...


awak....maafkan saya !! :'(

kredit to : Kucing Kami Comel

Monday, March 5, 2012

Saturday, October 8, 2011

.



tertekan. sangat.
dah lama aku tahan.
tiba masa untuk.....................

Tuesday, July 12, 2011

Tengok je dah dapat pahala


saLam..puasa tahun lepas da abis ganti lom? hehe..cepat2 la bayor hutang tu dik sementara masih ada masa lagi ni. Bulan Ramadhan is juz around da corner oke. Bagi yang tak orientated to time tu, pegi cek kalendar. Hari ni berapa hb pun dye tak tahu..ish2, aku paham...cuti lama sangat kan...haha ~

Hari ni juz nak share sedikit ilmu yang aku dengar dari radio Kelantan FM petang semalam. Selalu dengar Suria FM, takpun Hitz Fm. Tapi disebabkan nak dengar azan maghrib untuk bukak puasa, so kena la bukak radio tempatan ye tak. Ceramah agama tu disampaikan oleh ustaz mane entah, x sempat dengar -_-" Antara isi2 yang menarik perhatian aku, adalah mengenai....

4 perkara, tengok je dah dapat pahala . Iaitu :

1. Tengok Al-Quran.
- tu belom baca lagi. pahalanya pasti berlipat ganda.

2. Tengok Kaabah.
- ustaz tu bagitau, Kaabah yang dimaksudkan adalah Kaabah yang sebenar. Bukannya sekadar yang ada dalam gambar sahaja.

gambar dari gugel.

3. Tengok wajah mak ayah kita.
- kalau dulu, mak ayah kita masih muda...tapi sekarang? perhatikanlah urat2 tua di wajah mereka, kulit tangan dan kaki yang semakin kasar..semuanya kerana pengorbanan dan susah payah mereka mendewasakan kita.

4. Tengok wajah alim ulama.
- orang yang mengajar kita ilmu agama, kerana ilmu yang diajarkan oleh beliau lah yang mampu menolong kita mendapat keredhaan Allah di dunia mahu pun akhirat. Contoh? Tuan Guru Nik Aziz :)


MyEm0.Com

Friday, July 1, 2011

10 fakta menarik mengenai ayam


Hari-hari duk makan ayam..memang sedap sampai menjilat ibu jari kaki..tapi tahukah korang terdapat beberapa fakta menarik berkaitan dengan ayam ni sebenarnya..ke korang tahu makan je? Haa aku da agak dah..sebab aku pun sama..wahaha ~ Check diz out :

1. Sebanyak 9 biji telur kuning pernah ditemui di dalam sebiji telur. Ayam jantan mane ntah power gila tenaga batin..free2 dapat kembar sembilan tuu..

2. Ibu ayam memusing2 kan telurnya lebih kurang 50 kali sehari supaya telur kuningnya tidak melekat pada kulit telur. Rajen betol ibu mithali ni..

3. Bulu ayam akan gugur sekiranya ayam itu stress. Jangan ingat korang je tahu stress, ayam pun ada masalah peribadi diorang jugak tau..

4. Sedara mara terdekat bagi ayam adalah Tyrannosaurus-rex. Atau nama manja nye T-rex.

5. Tahi ayam yang dihasilkan oleh seekor ayam sepanjang hidupnya boleh menjana elektrik dan menyalakan sebiji mentol lampu 100 wat selama 5 jam. Inilah kot yang dikatakan hangat-hangat tahi ayam..


pic ayam muncet dari pakcik gugeL. sumber fakta dari SINI

6. Di atas muka bumi ini terdapat lebih banyak ayam berbanding manusia. Tapi aku rasa kebanyakan ayam sekarang da jadi kepsi..hahaha..dap emmph!

7. Terdapat 4 buah bandar di US yang mempunyai perkataan 'chicken' dalam namanya, iaitu : Chicken, Alaska..Chicken Bristle, Illinois..Chicken Bristle, Kentucky..dan Chicken Town, Pennsylvania. Di Malaysia tak pasti pulak..ade ke Kampung Ayam?

8. Alektorophobia adalah sejenis penyakit fobia atau ketakutan terhadap ayam.

9. Semakin tua ibu ayam, semakin besar telur yang dia hasilkan. Hmm..berbeza dengan manusia. Manusia kalau makin tua, makin kurang produktif..telur pun makin kecik?? Ooppss..

10.Seekor ayam yang telah dipotong kepalanya dilaporkan telah bertahan selama 18 bulan hidup tanpa kepala. Ada menuntut ilmu kebal agaknye..

Menarik, bukan? Secommon-common ayam tu pun ada keistimewaannya. So mulai sekarang hargailah ayam2 di sekeliling kita. Bukan ‘ibu2 ayam’ di lorong gelap tu yer rakan-rakan. Spesis ‘ayam’ yang tu layak makan penampar aje!

MyEm0.Com

Monday, June 27, 2011

aku mahu BERSIH


oke. hari ni mau buat operasi BERSIH secara besar2an ( setakat termampu ).

- BERSIH perabot2 rumah
- BERSIH kawasan rumah
- BERSIH lappy kesayangan ( my issey )
- BERSIH printer
- BERSIH vivamon
- BERSIH my cutest kekure, gmon jr !!


kekure ni sangkut kat pokok je kasi kering...wahahahhahaa~~

MyEm0.Com

lebiu.


Wednesday, June 15, 2011

iklan pizza yang...euww ~




Papa John's Pizza @ Lowe Delhi
- hungry angry bird suka bertenggek atas pizza ni. See more...




Donatos Pizza @ Columbus, USA
- panass2..baru kuar dari oven. See more...




Pizza Kingdom @ Beijing, China
- jangan sampai terpijak yaww. See more...




Pizza Hut @ Seoul, Korea
- panjang nyerr wak. See more...




Punk Rock Pizza @ Albuquerque, USA
- pizza campak stret ke muka pintu, sape nak? See more...


Ni pula kejadian selepas melantak Super Supreme large size sorang2..

MyEm0.Com

Saturday, June 11, 2011

makan telur penyu


Alangkah indahnya kalau aku dapat berada kat bukit jalil malam ni...waa! Nak tengok red warrior bergomo ngan penyu. Mesti hawttt u..dua kuasa gergasi bola sepak pantai timur bertembung. Tapi apakan daya. Ku dipenjara, terkurung...terhukumm. Hanya bertemankan sepi ~ La la la ~ * siapa tahu lagu ni? **jiwang ouhh...

Caiss budak ice ni..bajet dipenjara konon. Pagi ni kan kena pergi ke terengganu untuk pendaftaran universiti. Hurm...terasa diri curang di situ..uhuk2. Penyokong2 kelantan lain sibuk berkonvoi ke stadium bukit jalil, aku pulak ber'konvoi' ke negeri lawan.....nice..ahaks ~



designed by : Oren Kecik

GOMO KELATE GOMO !! bagi yg tak tau, gomo bermaksud berjuang berhabis-habisan/bersungguh-sungguh/bermati-matian..bukan bergomol ye rakan2..hahaha ~ Memang la gomo tuu asal dari perkataan gomol tapi maksudnya lain. Gomol tu bunyi nye macam tettt je..xseswaaai ~ :P Dalam versi omputihnye, GO MORE KELATE GO MORE !!


MyEm0.Com

Hopefully perlawanan malam ni bersih..dan tidak diatur sebagaimana khabar angin yang bersepoi2 kat akhbar tu. Baru lah kita dapat tahu yang mana satu hero sejati. Tak gitu.

"Kepada penyokong2 the red warriors, ingat deh pesaney tok guru...biar jurus2 sket sek2 kito". Ce kelih sini :: kelate.net ::

Tuesday, May 24, 2011

who's the culprit


suatu malam ketika aku sedang lena diulit mimpi jadi guest untuk variety show korea running man..tiba2 aku terjaga. cais. bunyi bising ape kah itu ?

antara lena dan jaga aku gagah kan diri melangkah ke ruang tamu. jae suk dan suk jin yang ditugaskan untuk mengawal kediaman ku kelihatan terbaring di lantai. tidur agaknye. huh. korang x reti wat bende lain ke selain buat lawak?? geram errr..tak boleh diharap! siap korang aku malas bayar gaji korang..sape suruh curik tulang! eii ~

aku terus bukak lampu untuk memastikan keadaan oke. alangkah terkejut nya bila melihat objek yg berkecai di atas meja tu! my issey!! lappy kuuuuuuu camne boleh jadi mcm ni :'(



hatiku berkecai sebagaimana compartment2 laptop ku itu bercerai berai....

uwaaaaa :'(

terok kan ? :'(

cian aku kan ? :'(

...................................................

tapi,

aku lagi cian kan kamu, kamu dan kamu..

sbb terpaksa habiskan masa seminit dua utk baca cerita dongeng di atas..hahaahha..mintak maaf bang! gurauan di petang hari..*mekacih byk2 sudi baca..wuwuwuwu ~

actually saja nk tunjuk keadaan laptop ku masa kena operate tu hari. dye kena demam panas..dua tahun da. tak boleh on9 lame sikit, dye jadik panas...pastu teros pengsan, blackout..naseb baek tak meninggal. 'doktor' pertama berjaya diagnose penyakit laptop aku..tapi pembedahan yg dia buat tak berjaya..bagai tikus membaiki labu kata nye..hehehe. Jadi dye terpaksa refer kepada 'doktor' yang lebih pakar. hehe.

dan hasilnya...................



yezz found it !! diz is the culprit !!

kurang asam punye debu degil..da berape lame ko bertapa kat kipas dalam laptop aku haaa..

selepas the culprit tersebut berjaya dihapuskan..my issey ku sihat walafiat seperti sediakala.
takde panas or pengsan2 dah. hehe. aku pun boleh tidur lena dibuai mimpi jadi ahli tetap running man pulak. hehehe. mekaceh byk2 dokter! ^^


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...