kalo rajen kLik lah :P

geng2 ice ! let us be a better person :)

Tuesday, August 31, 2010

demam kura-kura

" pasai apa ko tak datang kelas? demam kura2 eh? "
" mase ko demam, sure ko jalan slow giler kan..cam kura2 "

MyEm0.Com

Masa kecik2 dulu aku main sebut je padahal tak tahu pun demam kura2 tu macam mana. Masa tu aku ingat demam kura2 tu macam demam yang yok Saje mengade buat2 demam sebab malas pegi kelas, takpun sebab cikgu garang. Heh. Sehinggalah semalam..ketika lecturer mengajar pasal malaria..

beliau cakap orang yang kena malaria ni biasanya mengalami 3 peringkat semasa demam iaitu hot, sweating, dan cold. Mase peringkat hot, pesakit akan merasa sangat panas sebab suhu badan dye mencecah 40-41oC. pesakit tu juga mungkin mengalami delirium..emm delirium ni macam meracau2 la kan. 2-6 jam pastu, pesakit masuk sweating stage plak. Pesakit akan berpeluh2, sebab nak stabilize suhu badan yang tinggi tu. Ketika ni pesakit berasa sangat letih dan tertido.

MyEm0.Com

2-4 jam lepas tu..masok la cold stage..haaa..mase ni la orang cakap demam kura2 tu! Sebab apa demam kura2? Sebab pesakit tu akan berasa sangat2 sejuk sampai menggigil. Bile da rasa sejuk sangat, dye akan membungkusskan diri dengan selimut, pastu meringkuk atas katil macam kura2! Hehehe..see..that’s why la..

cute x..? hihi.


kura2 kembar siam. muke serius giler!

Maka terbongkarlah misteri demam kura2 yang bersarang selama lebih 20 tahun dalam otakku..huh..kenapa aku baru tahuuu pasal ni ?? uhuk uhuk uhuk. Fetetik. Sob.


Saturday, August 28, 2010

cinta tiada sebab

Dalam satu kisah percintaan yang menarik.Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada
si suami. Ini dialog mereka...

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi! kenapa abang
tidak boleh terangkan sebabnya??

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang
cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu.Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"




Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut
berbunyi begini :

"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu...
sekarang bolehkah engkau bersuara?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..
Jika disebabkan kasih sayangmu dan ingatanmu
terhadapku,aku mencintai mu...
sekarang bolehkah engkau menunjukkannya?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu,
sekarang bolehkah engkau tersenyum?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu,
sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..
Jika cinta memerlukan
SEBAB seperti sekarang,maka aku tidak lagi
mempunyai sebab untuk mencintai mu!!!
Adakah cinta memerlukan sebab?
Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan ciinta tidak perlu ada sebab
kerana
kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan
dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam HATI"


p/s : dedikasi khas buat seseorang teristimewa yang ditimpa kemalangan jalan raya malam jumaat lalu ( 26 Ogos )..mase tu dye baru je lepas beli hadiah buat insan kesayangan :'( ...semoga cepat sembuh sayang...

Saturday, August 21, 2010

istana pasir


ingin sekali aku berlari ke pantai
membina istana pasir
menjadi permaisuri yang bersenang-lenang
ditemani hamparan pantai
jauh dari kesibukan...










namun aku sedar aku punya tanggungjawab
sebagai mujahidah di jalan-Nya
mendalami ilmu yang tiada penghujung
biar payah enggan sesekali aku berundur

kerana aku tahu...
ada kesenangan selepas kesusahan...

dan istana pasir itu hanya berdiri sementara.


Tuesday, August 17, 2010

dinar panasss

haiiiihhh ! panas ati baca berita kat satu paper ni. takbole r gitau paper ape takot kena saman. sekarang kan musim saman menyaman. tak lama lagi bila masing2 da sengkek musim samun menyamun pulak..kan..kan..

sebelum hati aku ni terbakar lagi marak, nak tanya duLu..objek kat bawah ni nama dia dinar emas ke dinar PAS ??!!!




baru je baca title, da hilang mood. nampak sgt ada 'bias'. dah la tengah panas. luar panas dalam pun panas. aku baca yang seterusnya sambil jalan pulang ke umah.

'politik oportunis murahan' ? - canggih bahasa tu. tapi orang kampung macam aku still boleh paham la. opportunistic infection pun aku paham lagi.

'PAS buta huruf' ?! sejak 1990 ?! - ape relevannya tahun 1990 tu?? perlu ke sebut..oO lupe. cikgu sastera penah ajar ape itu hiperbola. inila fungsinya..kot..

satu lagi benda budusssyhh yang aku bace, paper tu kate..kalo nak buat, knapa xbuat dari dulu lagi, dari zaman krisis kewangan global 2008. kalo buat mase tu baru la lebih berkredibiliti. statement budussyyh ni aku taktauu la nak jawab macam mane..mmg budussyyhh. statement tu seolah2 same la kalo aku tanya..kalo nak buat sesuatu perubahan tu, kenapa xbuat dari dulu lagi ???? bangang kepala hotak melayan soalan macam ni.

oke abis satu berita..aku baca berita kat bawahnye pulak..

' Bik Mama simpati nasib isteri ATM tak beraya dengan suami '

baru rasa simpati ke..kenapa tak simpati dari dulu lagi ??? da banyak kali kot raye. tengokkk...soalan budusyhh kan. aku pun turut jadi budusssyhh lepas bace paper neh. adoi. xmo dah aku baca paper ni ! pengalaman kena tinggal 2 jam tu tak same kalo dibandingkan kena tinggal berbulan2 okeeee ~~

Sunday, August 15, 2010

jom dapatkan backlink! [ 4.award from belalang ]


rasanya lebih kurang 3 bulan da ice tak tempek award kat peti sejuk ice ni. bukannye takde orang kasi, cuma perasaan malas melanda bila terlalu banyak lambakan award dalam list. sampai nak buat entry sendiri pun xsempat..dah la tuan punya badan ni pun tak rajen nak menulis entry tiap2 hari. so em..nanitozo jo touhou! (please forgive me!) terutamanya kepada yaty yang banyak bagi award dan kawan2 y laen. hukhuk.



oke..award ni ice terima daripada Suara Bawah Tanah atau Belalang yang ada iras2 Jehan Miskin katanye. hehe. terima kasih belalang sebab sudi bagi award yang unik and sangat bes! kenapa bes..sebab dia besssss ~ haha. sebab nye..award ni boleh tolong blogger2 dapatkan backlink. macam mana caranya..baca betol2 kat bawah ni..

.......................................

Bagi siapa sahaja yang menerima award ini, diharuskan memberikan/tag kepada 5 orang lagi. Kemudian, si penerima award harus meletakkan link-link berikut di dalam entry anda.



Sebelum anda meletakkan link-link di atas, padamkan dahulu link yang berada di no 1, kemudian semua link yang tinggal dinaikkan 1 level seperti no 2 menjadi no 1, link no 3 menjadi no 2 dan seterusnya. Selepas itu masukkan link anda di bahagian paling bawah sekali iaitu no 5. Kejujuran adalah penting. Jika setiap penerima award mampu memberikan award ini kepada 5 orang dan kesemua mereka yang ditag meletakkan link dengan betul, maka jumlah backlink yang didapat ialah:-

Posisi 5 : Jumlah backlink = 5
Posisi 4 : Jumlah backlink =25
Posisi 3 : Jumlah backlink = 125
Posisi 2 : Jumlah backlink = 625
Posisi 1 : Jumlah backlink = 3,125

"Menurut info dari SEO (Search Engine Optimation) ramai blogger telah mendapatkan 1,923,125 backlink dan keuntungannya blog anda akan mendapatkan trafik tambahan, apalagi jika ada orang mengklik ke blog anda", kata tuan punya award asal kot.

............................................

faham tak? kalo tak faham baca sekali lagi. menarik kan..so apa salahnya kalo kita try2..pastu pakat pass2 award ni kan..hee. so..insan2 bertuah yang ice pilih terima award ni adalah.. jeng3! :



tahniah! :P wajib buat tauu..barulah keberkesanannya lagi umphh! hehe..selamat mencuba :)

MyEm0.Com

Sunday, August 8, 2010

ketam !


ermmm.......

MyEm0.Com


ini ketam jantan.




ini ketam betina.
aku jumpe 2 gambar ni kat sini.




ketam ni pulak da mati akibat terlampau kesunyian..cian dia.
jumpe kat tepi pantai.


sekian.......

MyEm0.Com


ahahahahaa..macam takde keje lain je aku ni!

Friday, August 6, 2010

oh my messy sunday


hari ahad ( 8 Ogos '10 )

my list-to-do :

1. roleplay mengenai HIV counseling.

kenapa la aku tak tarik diri hari tu sobsob. biasanya aku duduk tengok orang present kat depan je. jadi tukang gelak. sekarang ni aku plak yang kena. mampukah aku buat depan 200++ penonton tu? wargh depress tetibe. kena practise lagi ni!

2. pbL 1 dengan dr *****

''sape kawan 'budak ice' ni?" menggigil2 kawan aku angkat tangan.
"pesan kat dia, suh jumpe saya. dia ingat dia pandai sangat tak datang sesi ni" dr tu ckp. kawan aku sampaikan pesan. aku ingat sesi tu batal sebab dr yang spatotnya handle grup aku takde. tak sangka pulak dia yg ganti. huh. setahun benda tu berlalu. aku tak pergi jumpe dia. tak sangka pulak ahad ni kami bakal bertemu empat mata. hahaha. mati aku!

3. jumpa PA

kena jumpa my personal assistant la..nk discuss dengan dia pasal holiday ni..emm i nak pegi melancong ke mana yerrrr..hahaha poyo jerk! sebenarnya PA tu stands for penasihat akademik. mesti dia nak tanya aku nape result exam aku teruk! aku pun tak tahu kenapa padahal aku rasa boleh jawab aje. hurm nak jawab ape? takkan nak senyum je. hoho.

.......................................

demikianla perkara2 penting yang BAKAL berlaku ahad ni. sumenye buat gua sesak napas je. debaran nye mengalahkan debaran malam pertama ( macam la pernah buat haha ). nak je gua lari tapi tak boleh. sebab gua kena fight! bukan flight! isk..sape2 yang membaca ni doa2 kan la gua smoga selamat ahad ni.



aku mau Messy Sundae ni! xmau la sunday yang messy..sob sob.


MyEm0.Com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...